Monday, 28 January 2013

PERATURAN







1. Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai / membawa barang berharga seperti barang     kemas atau wang yang banyak ke TADIKA. Jika berlaku kehilangan barang, pihak TADIKA tidak akan bertanggungjawab.
2. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan bersih apabila tiba di TADIKA. (Cth: mandi,  berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur (pijama) tidak dibenarkan.
3. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TADIKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.
4. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TADIKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TADIKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TADIKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.
5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TADIKA dalam waktu operasi TADIKA kecuali atas sebab yang penting.
6. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak Penyelia/Pengusaha TADIKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TADIKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.
7. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TADIKA.
8. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TADIKA.
9. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TADIKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TADIKA.
10. Pihak TADIKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.
11. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TADIKA.
12. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TADIKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TADIKA.
13. Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TADIKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan hari jadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)
14. Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TADIKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).
15. Kanak-kanak mesti memakai uniform lengkap ketika hadir ke TADIKA.
16. Bagi ibu bapa / penjaga yang ingin memberhentikan anak mereka, perlu memberikan notis bertulis kepada pihak TADIKA selewat-lewatnya sebulan sebelum berhenti.
17. Pihak Pengusaha TADIKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TADIKA.
18. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment